~kesayangan saye~

Rabu, 3 Ogos 2016

saka oh saka~



"saka oh saka"


rembat skuter round shah alam 
kepala dah tepu mata dah kelam 
sampai2 tak yah beria nak salam 
jom lepak kat p5 sebelah kolam

tak payah poyo tak payah beria
saje nak test dia leh g jauh mane
result steady muka slumber
orang mcm ni jarang2 bole jumpe

rutin biase kat seksyen 11 
saka dok follow sembang xde kias 
sendiri faham xyah mintak belas 
akal jernih langsung tak bias 

jadual disusun cantik teratur 
sakanye plan bukan stok amatur 
dianye jaga terbaek plus jujur 
jantung laju ehhhh tak yah la mengelupur

bile hilang jangan di cari 
pandai2 la saka bawak diri 
rahsia hati simpan sendiri
tak yah beria sembang dalam diari 

saye selesa bila dengan awak
hati tenang kepala tak semak 
tapi 1 hari nanti awk tetap pergi jugak
cuma 1 saya nak bgtau kasih saya x pernah luak  

untuk kamu~


Lurus bendul provokasi berselerak
Langkah sumbang result nk gempak
Buta hati telinga dah pekak
"Kaki sailang" ada depan mata awak

Susunan bicara lembut teratur
Usia matang bukan kayu pengukur
jangan terpedaya hingga rahsia terhambur
Berhati2 sebelum tersungkur

Bicara sinis bodoh di dilentur
Melihat jalak yang tak sengaja jujur
Si putik muda mudahnya gugur
Oh, mungkin "mereka" masih amatur

Jalak berkepak mendabik dada
seakan terlupa "kakak" dah master
Imaginasi mengalahkan org yang "ada-ada"
Takpe kite tengok jauh mana "pergi
" dia

"kakak" bagi point tak direct awak
kalau faham tu rezqi terpijak
Dia punya sembang "kakak" slumber wat pekak
Sebab semua ni Alahaiiii small matter je awakkkkkkkkk

Kosakata mudah x perlu dikaji
Segala dizahirkan penuh isi
Bukan lah bijak tak juga langsi
Pandai2 awak la mencari erti







Yang jarang2 benar&betul,
"kakak"

‪#‎P‬.A.I.N_tulangrusuklupatah
‪#‎terase‬??adeakukesah??

Khamis, 14 Januari 2016

2015 yang HAMBAR~

Assalamualaikum & salam 1 hati
(ewwahhh kemain lagi opening kita...hahaha)

2015 yang hambar kan...
tanpa entri...tanpa viewers...tanpa new followers...tanpa  apa2
 memang kaku giler...skema...pergi keje,, balik keje,, tido
xde cinte,, xde cite2
kosong gile..kosong

awal 2015 mmg segalanya dirancang biasa2 je...no family day...no hanky panky...no personal feeling~huhu katenyeeee
in my mind, i just set my stability je...kekonon lah!~
i nk stabilkan semua perkara yang damage sekitar thn 2014
  (damn! kisah sadis...)
sebenarnye semuanye berjalan lancar cuma di akhir 2015 ade benda spoil sikit
dan yang lebih menyepoilkan keadaan, rase kasih dan setia yang disimpan rapi musnah bagai debu...alamakkkk (>_<) hahahaha
(abaikan kisah itu...)

tapi ape pun, penutup 2015 la yang paling rare
31 disember 2015 hari paling x best+sakit hati+kecik hati+tawar hati = HATI MATI
all in 1
(hahahaha acah2 frust la konon! phuih sgt~)
tapi bagus jugak closing mcm tu...I pun xde la i meracau gile sgt
sekadar berbasi2 je...
Walau bagaimanapun, i tinggalkan 2015 yang hambar tu dengan permulaan 2016 yang osem!!!

welcome 2016!!!
January yg OMG!!!!! seriously i dah cross my basic line!
gile babe... 
tomorrow my bday (^__^) 15 JANUARY~
u noe what?? this year la yang paling havoc!
i nak patah balik?? hmmmmm
i'm not sure if i can turning back...i was change my life gile2 daaaa
everything i hadam sampai  tahap ingat sampai mati ><
i dah x peduli~ape nak jadi, jadi lah
my life my rules
i dah penat la nak jaga hati orang~fullstop


".......... And there is only one YOU in this world.......And you are the author of your life stories. Do write good, superb and awesome ones....."



SELAMAT TINGGAL
 ...2015 YANG HAMBAR


Rabu, 6 Januari 2016

"Dia tak tahu...."


Dia tak tahu kita sayang dia
Dia tak tahu kita ingat dia
Dia tak tahu kita rindu dia
Dia tak tahu kita tunggu dia

Dia datang tiba-tiba
Dia pergi pun ikut suka
Dia mungkin lupa apa yang pernah dia kata
Dia yang janji nak jaga kita

Dia tak tahu hari2 ada doa utk dia
Dia tak tahu kita nangis sebab dia
Dia tak tahu kita fikir perasaan dia
Dia tak tahu kita makan hati dengan sikap dia

xpe lah.... dia memang tak tahu apa-apa
Bile kita dah pergi, tak payah la tanye kenapa
Sebab kita ni pun cuma manusia biasa
Hati pun takde la kebal mana
Kadang2 kita tahan rasa bila terluka
Sebab kita rasa kita ni memang xde makna

Dah orang tak tahu kita nak buat macam mana
Dia bukan budak2 yang bole kita tarik telinga
Bila kita dah xde mungkin dia tak terasa
Sebab kita ni bukan siapa2 pun utk dia



Jumaat, 27 Jun 2014

Hanya Untuk Kamu

Kamu tahu tak?
Saya sayang kamu
Kamu tahu tak?
Saya hampir gila hanya kerana kamu
Dan kamu tentu tak tahu
Saya sentiasa rindukan diri kamu, kegilaan kamu dan gurauan kamu
walaupun kita tidak lagi melengkapi tapi hati saya masih lagi utk kamu
Jangan la....jangan kamu mungkiri janji lagi
Duduk la.... Duduk terus di dalam hati ini
Bertenang la.... mungkin ada penyelesaian nanti
Senyum la.... Kita cuba perbaiki keadaan ini
Kembali la... kembali pimpin tangan ini
Kenangkan la... saat manis walaupun cuma sekali
Lupakan la...tiada manusia maksum dalam dunia ini
cukup la.... saya dah penat menanti

#TuanMAQ 

Rabu, 25 Jun 2014

Afgan - Jodoh Pasti Bertemu ( Lirik )

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Jika aku (jika aku) bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu

(jika aku bukan jalanmu)
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu



~whereby it starts again....~
#tuanMAQ

SALAM TAKZIAH BUAT FAMILY ARWAH SIS SYUHADA

ASSALAMUALAIKUM

Tiba2 hati ni jadi sayu...
saye ke orang terakhir yang tau sis Syuhada Baharudin dah kembali ke rahmatullah??
Ya Allah....rasanye baru lagi kami bertegur sapa di blog... rase mcm baru minggu lepas dia pergi sambut ulangtahun perkahwinannya...
Salam takziah buat keluarga arwah...
Ya, Arwah adalah salah seorang blogger idola saye....
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman...

" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."
(al-Araf:34)

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” 
[Al-Baqarah: 155-156]

20 TIPS ELAK ANAK DICULIK

ASSALAMUALAIKUM

sejak akhir2 ni banyak jugak berlaku kes culik kan... seram pulak saye... harini saye nak share beberapa tips bagi mengurangkan risiko penculikan dikalangan anak kecil..Sometimes kita TERPAKSA tinggalkan anak dirumah disebabkan urusan kerja atau hal2 yang tidak dapat dielakkan dan semestinya kita harus sedar dan ingat, MALANG TIDAK BERBAU... Jadi lebih afdal kiranya kita ambil langkah berhati-hati. 

1) Pesan kepada anak agar tidak memberitahu kepada sesiapa bahawa dia tinggal bersendirian di rumah tanpa pengawasan ibubapa apabila ada orang telefon. Lebih2 lagi orang yang tidak dikenali.

2) Minta anak kunci pintu dengan baik. Jangan buka pintu apabila diketuk dari luar.

3) Suruh dia tengok kat tingkap dulu siapa yang datang rumah. Pesan dekat anak jangan biarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa kebenaran ibubapa.

4) Pesan dekat anak agar tidak keluar kemana2 tanpa meminta kebenaran dari kita terlebih dahulu. Pastikan anda tahu kemana dia mahu pergi dan dengan siapa dia ingin bertemu.

5) Penjenayah gemar jadikan gula2 dan coklat sebagai umpan. Jadi, ingatkan anak2 tidak mengambilnya daripada orang lain terutamanya individu yang tidak dikenali.

6) Ingatkan anak2 agar tidak bermain atau bersendirian di tempat sunyi...Minta dia pilih tempat yang ramai orang.

7) Tegaskan kepada anak2 agar tidak menghampiri kereta yang berhenti di tepi jalan terutamanya jika tidak mengenali siapa pemandunya.

8) Ajar anak berkata "TIDAK" apabila ada pihak cuba melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya terhadap dirinya. jangan biarkan orang lain sentuh bahagian tubuhnya sembarangan.

9) Wujudkan komunikasi yang baik dengan anak.

10) Ajar anak menanti anda di mana2 kaunter pembayaran@kaunter khidmat pelanggan sekiranya anda dan anak terpisah semasa di pusat membeli belah.

11) Elakkan letak nama anak pada baju@beg@bekas makanan dan lain2 bagi menghindari namanya diketahui individu yang tidak dikenali... biasanya budak kecil cepat mesra dengan orang yang tahu nama dia...

12) Sebelum meletakkan dia dibawah jagaan seseorang, periksa latar belakangnya terlebih dahulu. Selidik juga dengan siapa anak kita berkawan.

13) Jangan sekali-kali tinggalkan anak dalam kereta seorang diri walaupun cuma untuk 1 minit!!!

14) Teman anak jika dia mahu pergi ke tandas awam. Elakkan juga daripada dia bermain seorang diri di taman.

15) Beritahu anak anda tempat yang boleh dituju jika perlukan bantuan. Katakan juga polis adalah kawan yang dapat membantu.

16) Pastikan anda simpan gambar terkini anak. Simpan juga rekod2 lain seperti laporan kesihatan dan tahu tanda lahir anak.

17) Tak payah bawa anak ke pusat membeli belah, kedai mahupun kerumah kawan jika kehadirannya tidak diperlukan...sebab mungkin anda terlupa akan dia apabila begitu ralit dengan aktiviti sendiri.

18) Pastikan anak anda tahu alamat rumah dan no telefon anda... pastikan juga anak tahu siapa yang perlu dihubungi selain anda apabila tidak dapat menghubungi anda disaat kecemasan.

19) Ajar anak guna telefon.

20) Beritahu anak agar tidak melayani sesiapa yang tidak dikenali di tepi jalan sekalipun cuma untuk bertanya arah jalan. Pastikan anak anda tahu jarak dirinya dengan individu yang tidak dikenali perlu JAUH.


Selasa, 24 Jun 2014

beberapa tanda orang munafik


Beberapa sifat orang2 munafik serta serba sedikit huraian...

DUSTA
Dusta merupakan pernyataan tentang sesuatu yang tidak sesuai dengan keadaan yang sebenarnya.Perbuatan dusta adalah amalan orang munafik dan amat dilarang dalam islam kerana dapat menjauhkan manusia dengan Tuhannya,bahkan dikutuk oleh Allah s.w.t dan dibenci oleh manusia.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّمَا يَفۡتَرِى ٱلۡكَذِبَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ‌ۖ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡڪَـٰذِبُونَ (١٠٥)

Ertinya:
"Sesungguhnya yang mengadakan pendustaan hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah s.w.t dan mereka itulah orang-orang pendusta."
(An-Nahl:105)

Dusta merupakan suatu perbuatan yang keji dan terkutuk kerana ianya boleh mempengaruhi minda yang mengarahkan kepada kejahatan dan boleh merosakkan sahsiah dan alam kebajikan.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya setakut-takut yang aku takut atas umatku adalah setiap munafik yang pandai lidahnya."
(HR.Abu Ya'la)

Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Takutlah kamu terhadap prasangka kerana sesungguhnya prasangka itu sedusta-dusta pembicaraan."
(HR.Muttafaq 'Alaih)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Sesungguhnya dusta itu adalah salah satu daripada beberapa pintu munafik."
(HR.Ibnu 'Adi)

Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya:
"Tanda orang munafik itu ada tiga:Apabila berbicara berdusta,apabila berjanji ia mungkiri dan apabila diberi kepercayaan ia khianat."
(HR.Muttafaq Alaih)

Sesungguhnya perbuatan dusta amat dibenci Allah s.w.t dan tidak akan beroleh petunjuk dari-Nya.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَہۡدِى مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٌ۬ كَذَّابٌ۬ (٢٨)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang melampaui batas lagi pendusta."
(Al-Mukmin/Ghafir:28)

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِى مَنۡ هُوَ كَـٰذِبٌ۬ ڪَفَّارٌ۬ (٣)

Ertinya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang berdusta dan sangat ingkar."
(Az-zumar:3)

MUNGKIR JANJI
Perbuatan mungkir janji bermaksud menyalahi pernyataan terhadap kesediaan diri seseorang akan memenuhi sesuatu yang diminta oleh orang lain.Oleh,itu dalam islam menunaikan janji adalah wajib.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَوۡفُواْ بِٱلۡعُقُودِ‌ۚ

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman penuhilah janji-janji mu."
(Al-Maidah:1)

Firman Allah s.w.t:
وَأَوۡفُواْ بِٱلۡعَهۡدِ‌ۖ إِنَّ ٱلۡعَهۡدَ كَانَ مَسۡـُٔولاً۬ (٣٤)

Ertinya:
"Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya."
(Al-Isra':34)

Seseorang yang memungkiri janji yang dibuat sama ada sengaja atau tidak,amat tidak menyenangkan dan mengecewakan harapan orang yang dijanjikan.Perbuatan memungkiri janji tergolong orang munafik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
""Ada empat macam berangsiapa yang terdapat semuanya ini,maka ia termasuk orang munafik yang asal dan barangsiapa yang terdapat padanya,maka bererti ia terjangkit sifat kemunafikan sampai ia bersedia meninggalkan empat hal tersebut,apabila ia berbicara ia berdusta,apabila dipercayai ia berkhianat dan apabila berjanji ia mungkiri."
(HR.Bukhari dan Muslim)

MENANGGUH PEMBAYARAN HUTANG

Seseorang yang berhutang adalah wajib membayar mengikut hukum islam.Oleh,itu orang yang mempunyai harta atau mampu membayar hutangnya tetapi sengaja melambat-lambatkannya atau tidak amhu membayarnya,maka perbuatan ini adalah amalan orang-orang munafik dan dibenci dalam islam.

Firman Allah s.w.t:
وَلَا تَأۡكُلُوٓاْ أَمۡوَٲلَكُم بَيۡنَكُم بِٱلۡبَـٰطِلِ
Ertinya:
“Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang salah.”
(Al-Baqarah:188)


Rasulullah s.a.w bersabda:
Ertinya:
“Barangsiapa mengambil harta orang yang ia bermaksud merosakkannya(tidak mahu membayarnya),nescaya ALLAH S.W.T akan merosakkannya.”
(HR.Bukhari)



MEMBAZIR DALAM MEMANFAATKAN NIKMAT ALLAH S.W.T

Islam menyuruh umatnya hidup serba sederhana dalam segala aspek dan melarang membazir dalam menikmati segala kurniaan Allah s.w.t.Segala harta yang dimiliki tidak boleh dibelanjakan pada jalan yang bertentangan dengan syariat islam.

Firman Allah s.w.t:
وَءَاتِ ذَا ٱلۡقُرۡبَىٰ حَقَّهُ ۥ وَٱلۡمِسۡكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرۡ تَبۡذِيرًا (٢٦)

Ertinya:
"Dan janganlah kamu membazirkan hartamu secara boros."
(Al-Isra':26)

Orang-orang yang boros dalam membelanjakan harta dengan sia-sia adalah tergolong orang-orang munafik dan golongan syaitan.

Firman Allah s.w.t:
إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا (٢٧)

Ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan sangat ingkar kepada Tuhannya."
(Al-Isra':26)


MENGKHIANAT SESUATU AMANAH
Mengkhianat sesuatu amanah adalah seseorang yang mendapat kepercayaan daripada orang lain tetapi ia tidak memenuhi amanah yang dipercayakan kepadanya.Dalam islam amanah wajib dijaga dan dipelihara agar tidak menghilangkan kepercayaan dan kejujuran.

Perbuatan mengkhianati sesuatu amanah adalah dilarang dan tergolong amalan orang-orang yang akan mendapat kemurkaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٧)

Ertinya:
"Hai orang-orang beriman,janganlah kamu mengkhianati Allah s.w.t dan Rasul dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu sedangkan kamu mengetahui."
(An-Anfal:27)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Belum beriman bagi orang tidak amanah dan tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad,Bazzar dan Tabrani)

Ada ulama yang mengatakan apabila ada seseorang yang tekun mengerjakan solat,puasa,mengerjakan haji dan banyak mengerjakan amal soleh,tetapi tidak beramanah terhadap sesuatu,maka menjadi sia-sialah amal mereka dan tiada memperolehi petunjuk dan dimurkai Allah s.w.t.


MEMUTUSKAN SILATURRAHIM
Mencadangkan dan mengekalkan hubungan silaturrahim adalah dituntut dalam islam.Oleh itu,seseorang yang memutuskan tali silaturrahim akan menyebabkan terputusnya hubungan kekeluargaan sahabat handai dan sesama muslim bahkan termasuk ciri-ciri orang manafik.

Firman Allah s.w.t:
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (١)

Ertinya:
"Dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t yang dengan nama-NYA kamu saling meminta satu sama lain dan (peliharalah)hubungan silaturrahim.Sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa menjaga dan mengawasi kamu.'
(An-Nisa':1)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim."
(HR.Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya:
"Barang siapa yang suka rezekinya dimudahkan dan usianya dipanjangkan,maka hendaklah ia menyambung silaturrahim."
(HR.Muslim)

Demikianlah secara ringkas  tanda-tanda orang munafik berdasarkan keterangan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w .Semoga ianya dapat dijadikan introspeksi diri setiap muslim dalam menuju wawasan hidup berlandaskan aqidah yang murni dan diredhai Allah s.w.t di dunia dan akhirat.

JEREBU OH JEREBU!~

Assalamualaikum

Pagi tadi datang balik penyakit semput...Mula la terkial-kial cari inhaler.... bila tengok luar, laaaa.....jerebu rupanya.... teruk betul saye ni skang.... duduk dalam ofis sampai tengah malam, tak perasan langsung keadaan dunia luar. Ni baru la terhegeh-hegeh search pasal berita jerebu dekat google ;)

Bandar Sri Permaisuri
Agak kabur jugak permandangan kat sini... 
Budak2 yang pergi sekolah pulak saye tengok ramai yang pakai face mask... bagus budak2 skang ni... tahu jaga diri masing-masing ;)

Apa2 pun,jaga kesihatan ye... 

Khamis, 19 Jun 2014

~makna sayang dari kaca mata aliya~




Amacam tittle?? haha ye ye je nak sembang pasal sayang☺☺💽

ok, meh saye cerita apa maksud sayang dari sudut pandang PUTERI ALIYA~

 "Sayang"... 1 emosi yang kadangkala tidak dapat dikawal... punya banyak alasan untuk membenci seseorang, tapi dek kerana perasaan sayang, kita tidak mampu untuk membenci walaupun sekelumit~
kadang2 orang menganggap kasih sayang boleh dipupuk dengan wang dan material... tapi hakikatnya kasih sayang sejati tidak memerlukan resit untuk menjadi baja...

"Sayang"... kadang2 kerana sayang, kita tak heran pun siapa dia...
masa silam dia ataupun kekurangan dia...
Penerimaan kita seadanya... tidak perlu mengungkit dan tidak perlu juga diingat perkara yang lepas...tapi walau bagaimanapun, apa yang berlaku sebelum ni jadikanlah pengajaran dan panduan...

"Sayang"... kadang2 kita terpaksa terima yang kasih sayang kita tak dihargai dengan sewajarnya... kadang2 kita terpaksa akur kasih sayang kita tidak mampu untuk menjanjikan sebuah ikatan suci... tapi apalah salahnya kita terima bahawa memberi ruang untuk dia bahagia dan membuat pilihan terbaik Itu sudah cukup untuk membuktikan kita sangat menyayangi dia... 
(kenapa saya perlu kejam dengan diri saya sendiri ye??)

 "Sayang"... ya, sayang saya tanpa syarat.... saye x perlukan syarat untuk terus menyayangi seseorang... saye x minta kasih sayang saye dibalas dengan apa jua sekalipun... saye akan terus menyimpan rasa ini... memang saye agak menzalimi diri sendiri tetapi saye juga tidak mampu untuk menafikan apa2 lagi... 

kadang2 saya rasa teramat2 bersyukur...ya, Tuhan masih menyayangi saya...dan kerana itulah saya masih lagi
mempunyai hati selembut ini........ 

#TuanMAQ

Rabu, 18 Jun 2014

i'm back!~ (^___^)

Assalamualaikum & Selamat Pagi

awak...awak...awakkkkk!!!heeee (^__^) dah lama saye x update blog kan~ Pagi ni saye update terus dari meja pejabat yang amat2 saye rindukan ini! 

this week last wat audit...LEGA! bos pun dah balik dari China~ weeee....dapat buah tangan & advance lagi! sayanggggg bos kita!~
(waaaaaaahhhhhhhh kipas lipas kau jah!~)

heeee....orang lain tak nak sayang kita xpe....kita ada bos!~
hermmm... nampaknye ni la satu2nye kerja yang paling sesuai ngan jiwa saye.... tambahan pulak  staff kat sini  sangat2 laaaa understanding~hik3x...kalau setakat selisih faham sikit2 or gaduh2 manja tu adat la....tanda MESRA katanyeeee..haha.. bos lak sangat menjaga kebajikan staff....Alhamdulillah

sebenarnye ape2 kerja pun kalau kita buat dengan IKHLAS, imbuhan yang kita dapat dari keikhlasan tu memang sangat bermakna (^__^)

agree???

Sejak awal June 2014 ni, macam2 la benda terjadi dalam hidup saye... banyak keputusan2 drastik yang perlu saye buat... ade juga perkara yang mustahil, skang ni dah jadi x mustahil ~...hermmmm entah la... kadang2 apa yang kita anggap perkara kecil, itu la yang memberi impak besar dalam  hidup ni...
Saye memutuskan segala keputusan demi kepentingan diri&anak2~
entah la... saye dah penat asyik fikirkan apa kata mereka sedangkan hati saye yang remuk ni takde sape pun yang peduli...biarlah... hanya saye yang tahu bagaimana payahnye untuk pergi sejauh ni...
(ehhh,,, nam0 feeling2......heeee)

ok lah... saye kena berhenti dahulu untuk settlekan kewajipan saye terhadap amanah yang diberi...hehe nak kasi clear meja dlu...kerja oh kerja!!~ bos oh bos!!~
byeeeeee


Isnin, 16 Jun 2014

IZINkan

Ya Allah...
Dalam 1000 alasan untuk aku bahagia
Kenapa kau hadirkan hanya 1 sebab untuk aku kembali derita

Ya Allah...
Kekuatan apakah lagi yang masih tersisa
Untuk aku bangkit semula
Kekebalan hati bagaimanakah yang harus aku tunjukkan
Untuk aku terus bergerak kedepan

Ya Allah...
Kenapa kau hadirkan dia
Andai Dia hanya buat aku kembali terluka
kenapa kau lembutkan hatiku
Untuk aku sudi berdiri kaku

Ya Allah...
Permainan apakah ini
Sesungguhnya aku tak mampu lagi
Untuk terus berdiri
Menongkah hidup seorang diri

Ya Allah...
Izinkan lah aku kembali berdiri
Dengan saki baki kekuatan yang masih tersisa ini
Izinkan aku mengesat air mata ini
Di ceruk dunia sepi seorang diri
Izinkan aku pergi tanpa sesiapa sedari
Andai itu dapat memuaskan hati yang membenci
IZINKAN......




#TuanMAQ

Selasa, 10 Jun 2014

maaf la.... :(


awak....awak.....dan awak~ jangan risau! tinggalkan jejak... saye pasti akan buat kunjungan balas dan isi tabung2 iklan awak semua ...
 pada yang follow blog saye ni, terima kasih byk2 tau.... 

Harini saye masih x berkesempatan untuk tinggalkan jejak kat mana2 pun :(
x best pulak rasenye... huhu selesai tugas saye yang terakhir kat Banting, saye akan kembali :)

b0s!!!! nape lame sangat p China?!!! cepat la balik!!!~

hermmm....x sabar nk curi mase berkongsi keterujaan ngan awak awak semua...hihi...ada banyakkkk sangat yang berlaku sejak awal june 2014 ni... saye suka!!!... alhamdulillah 
dalam  10 sebab untuk saye menangis, masih ada 100 alasan untuk saye rase gembira~... 
+ve kan??? sangatttttt............hehehehe

ok~tunggu kunjungan balas dari saye ye awak... saye sayanggggg awak2 semua ;)

lot's of love
from the b0ttom of my heart
~puteri aliya~

Khamis, 5 Jun 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

klik SINI untuk join 
GIVEAWAY TUNAI RM500 BY SYUHADABAHARUDIN.COM

jom ramai2 kita memeriahkan xtvt2 menarik para blogger
 (^__^)
tak rugi pun
j0m la...j0m la join sama2 ea~ ;)

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah



klik SINI untuk join 
~segmen blogwalking cuti sekolah bersama AYUINSYIRAH~

JOM kita bersegmen lagi!!!!~ hehe

suka suka suka~jom laaaa.....jom la kita bersegmen sama2~ (^__^)

lirik Rapuh - Opick




Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata

Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku
Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu

Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



Rabu, 4 Jun 2014

oh "ROOMMATE" keranamu saye dpt tgk......"?"



Assalammualaikum!!!~

wahhhh keterujaan melampau ptg ni nak update status....Ni semua gara2 balik makan kat umah td la ni~
hehe s0nok!! xcited nak cite nih....
pstttt.... nak tau tak, tadi saye jumpa sapa????

JENG..JENG...JENG........


LEE DONG WOOK!!!!!

Ya Allah!!!~.... long time no see kan kan....(^___^) bukan jumpa betul2 pun....haaaa saje je wat saspen.... Td bukak2 je channel 393 (ONE HD) tetiba muka dia muncul kat tv!~
siap senyum lak tu.... keterperasaan Mak Jemah mangkin menjadi2... dia punye senyum...adoi makkkk..... mampu buat Mak Jemah hanyut...wakakakaka....bole??!

Rupa2nye ada new variety show kat ONE HD.. Baru episod 1~ "ROOMMATE"
yang td saye tgk tu, ulangan..... sbnrnye dah start 27 may 2014 haritu....setiap jam 11.50PM

Haaa...ni senarai nama2 artis yang terlibat.... 
kalau sape2 ingat cerita JANG OK JUNG, yg jd Ratu Ingyeong (hong soo hyun) pun ada!~ lawa+lawa+lawaaaaaa......sgt2!
'
Aishhh x puas hati lagi ni!~ nak tepek lagi seket0i gambar pakwe angkat saye 
~( heee jangan muntah ea :) )~


Tu diaaaa.... handsome kan~ saye suke orang rambut serabai2 mcm nih..haha
Tapi ni lepas plastic surgery... muka sbnr dia boleh tahan buruk la jugak~ kah3x :) gurau2~
Pic kat atas ni saye sangat pasti dan yakin, masa dia berlakon cerita Scent of women~
Best giler cite ni!!! Dong Wook syok kat makcik2...hik3x
weyh...dalam kehidupan realiti ada ke orang muda nak kat orang tua ek?? kalau ade bak meh sini 1...hahahaha

okey2... saye rasa saye dah ok sikit dah... pernafasan semakin teratur pas share keterujaan saye utk hari ini...heeeeee
Apa2 pun, Smoga harini lebih baik dari semalam ye sahabat2~ T.Kasih sbb sudi baca entri sasau saye untuk harini ;)


LOT'S OF L0VE 
from 
~PUTERI ALIYA~


(^__^)

Selasa, 3 Jun 2014

In sha Allah......


Seringkali hati ini berdetik
Bisikan halus selalu berbisik
Kerap kali perasaan terusik
Tapi segalanya mungkin akan bertambah baik
In sha Allah...

Aku mengadu hanya padaMu
Hanya redhaMu dan juga restu
Tidak ku minta lebih dariMu
Agar dapat ku bertemuMu tanpa rasa Malu
In sha Allah...

Aku akan berlalu pergi
Niatku hanya untuk mengenal diri
Mencari sesuatu yang hakiki
Persiapan untuk aku kembali
In Sha Allah...

Ya tuhan, hanya Kamu yang mengerti 
Segala yang kusorokkn dalam hati
Tidak ku percaya sesiapa lagi
Semuanya hanya punya kepentingan diri

~Kedamaian yang ku cari~


#2 Liebster Award by Cikgu Faiz

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PETANG 

heeeee dah petang baru sempat nk update blog kan~ 
Bajet Sibuk jerk!! Eh, tapi mmg sibuk la... awal bulan kan... tengah sibuk setting date untuk mer0nda2 pegi audit~ chewahhhh....

T.kasih byk2 kepada CIKGU FAIZ  sbb sudi tag saye (^___^) ni Liebster Award ke-2 PUTERI ALIYA!!! tqvm~ sukaaaa!!! hik3x ;)


1st of all saye mulakan jawapan bertubi2 ini dengan kalimah,,,
OKEY,,, CHECK IT OUT...~

1. Gelaran manja korang...
Nama gelaran manje sejak dulu kala~ mak~abah~cikgu~adik~kawan~ sume selesa panggil saye 
KAK YONG :) 
(hik3x manje x??kahkahkah...x manje langsung kan??)

2. Cita-cita sewaktu kecil...
Mase kecik dlu sibuk berangan nak jadi cikgu~hehe 
last2 sangkut kat account department nih!~

3. Makanan kegemaran...
Ofkosz la kue tiaw Ladna~
hehe sesape nk blanje, tolong orderkn kue tiaw ladna eh,, saye malu nak mintak2 kalo ade org nk blanje ni~kah3x ;)

4. Suka shopping apa?
baju, baju dan baju~pakai 4-5kali, pastu sedekah kat orang~huhu hampeh punye perangai kan?!

5. Siapa kawan baik korang?
My beloved friend is Miss Hanieza
Haishhh rindu gile kat awek nih...kit0rang kawan sejak um0 6 tahun!~

6. Pernah kena rotan dengan cikgu tak? Sebab apa?
PERNAH!!~
ngan Cikgu Ahmad mase darjah 5... sakit hati betul, buku BM tertinggal dalam kete abah.
moral of the story, x yah nak bajet cun sangat nk pegang2 buku time otw g school...kang tercicir merata2 buku tu ;) sumbat je sume buku dlm bag!

7. Haiwan kegemaran korang?
"Kucing" 
(pembohong!! hahaha saye x pernah suka binatang)

8. Tempat shopping yang paling best korang pernah pergi?
Aeon XXXX
sbb my sis senior situ..so sume baju yg i amek ade label diskaun 70%(^___^)
haaaaa kellassss x? kau hade??

9. Cerita kartun kegemaran korang.
ofk0z la FROZEN!!! suka sgt2!
jap2 nak nyanyi sket!~hehe
""Let it go, let it go
Can't hold it back any more
Let it go, let it go
Turn away and slam the door
I don't care
What they're going to say
Let the storm rage on, the cold never bothered me anyway""

10. Barang paling mahal yang korang pernah beli? Berapa harganya?
Set premium beautiful
tu je la brg paling mahal yg larat saye bli cash...kui3x...saye ni golongan misskinnnn hina...kahkahkah

11. Pendapat korang tentang blog Cikgu Faiz? Hihi.
BEst! byk info2 menarik...Perkongsian yang bagus
Tang header tu pulak memula dlu wat saye pening...ki3x...rase nk ketuk2 screen ni...sbb heran apsal header ni jap2 elok jap2 terbalik...ingatkan pc yg rosak!~kah3x...sori ye cikgu...kekadang dtg time lurus bendul, saye ni mcm masuk air p0n ada..hahaha

FUhh!!~ lega...alhamdulillah...selesai pun menjawab soklan2 dari CIKGU FAIZ. Diharap cikgu Faiz berpuas hati ye ;)

Skang tiba lah masa untuk saye melanjutkan soalan2 berantai ni kat kawan2 yang lain pulak ;)

7) Amel
11) cikmeow

ok,, skang saye nak bagi soalan2 kat sahabat2 tersayang yg dah di tag ni~ heee (^___^)


1) berapa umur awak? (ki3x saje nk bg soalan cepumas)


2) Kalau saye nak ajak awak pegi korea sama2, awk nk ikut tak?


3) Awak suka warna apa?


4) Apa perasaan awak, bila orang yang paling rapat dengan awak kutuk awak depan boyfriend dia (w/pun bergurau...heee =) )


5) Apa respon awak?


6) Apakah tindakan yang paling baik yang mampu awak buat untuk jaga hubungan baik tu dan dlm masa yang sama jaga perasaan awak sendiri...


7) Apakah makna "adik beradik" dlm hidup awak?


8) Sejauh mana awak sanggup bekorban untuk adik beradik awak?


9) Apa pendapat awak tentang Blog Santai Aliya?


10) Ada tak komen@pendapat untuk penambahbaikkan penampilan dan juga isi dalam Blog Santai Aliya?


11) Rasa2 Saye (Puteri Aliya) ni mcm mana orangnye...hehe (^___^) 


wokeh!!~ settle

Diharap sahabat2 yang dah di tag ni sudi2kan la menjawab ye... menjawab kat sini xpe... xde sape nak marah... kalau menjawab cakap mak abah atau cikgu atau orang yg lebih tua,, haaaa yg tu not nice.... no no nooo....jangan menjawab cakap orang tua ye!~ki3x (TIBE2~)

LOT'S OF L0VE from PUTERI ALIYA~peace


(^__^)


Jangan lupe 'klik' saye juga!~ ;)